Kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis by SANI FAHMI BIN ABDULLAH
Kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis
1.0 Menganalisis Maklumat yang Dikumpul.
Definisi
Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah
supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan
gigih
Tujuan
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui
KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS
Menganalisis Idea
Menganalisis Hujah
(A) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
Mengelas
Membanding dan membeza
Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Membuat urutan
(B) Menganalisis Hujah
Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran
apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
Mencari sebab dan kesimpulan
Mengusul periksa andaian
Membuat urutan
Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan
criteria yang bermakna.
Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek,
organism, idea, atau institusi.
Jenis-jenis urutan
Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus
berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan
Kesimpulan
Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman
yang lebih mendalam
Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan
pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman
yang mahir.
Artikel ini diletakkan
berdasarkan rujukan daripada beberapa buku, laman web serta blog. Walau
demikian fakta yang diberikan mungkin hanya relevan semasa artikel ini ditulis.
Bagi mengelakkan kesilapan fakta, pembaca diingatkan agar membuat rujukan daripada
sumber-sumber terkini jika hendak menggunakannya sebagai bahan penulisan
ilmiah.
1.2 Mentafsir dan Membuat Kesimpulan
Kemahiran Mentafsir Data
Mari kita teruskan lagi pelajaran hari ini dengan teknik
menjawab soalan mentafsir data.Kemahiran mentafsir data ialah kemahiran untuk
mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan
gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu
pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.
Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada
soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir Data.
Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan
kemahiran mentafsir data:
Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun
Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi
Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara
21 dan 27 bilangan
strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27
Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak
jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC
1.3 Menilai maklumat
Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat
iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai
maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat
pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan
dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
Penilaian
juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan
beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat
tersebut. Antaranya ialah :
a) Autoriti –
kebolehpercayaan sesuatu maklumat
b) Ketepatan –
maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
c) Saksama –
bersifat adil dan neutral
d) Nilai semasa –
maklumat terkini
e) Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.
Mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis







copy paste xD
ReplyDelete