PENYESUAIAN SOSIAL by NUR HASMEEN BINTI HASHIM
PENYESUAIAN
SOSIAL
Penyesuaian
merupakan proses interaksi antara dua individu dengan persekitaran dan dalam
usaha individu berkenaan untuk memenuhi keperluannya dan mencapai matlamat
dalam persekitaran. Menurut Schneiders (dalam Nugroho, 2003) penyesuaian sosial
di sekolah diertikan sebagai kemampuan siswa dalam beradaptasi dengan
lingkungan sekolah sehingga siswa mampu berinteraksi secara wajar dan interaksi
yang terjalin dapat memberikan kepuasaan bagi diri dan lingkungannya.
1.Pelajaran
sebagai Ahli komuniti pembelajaran
Komuniti pembelajaran boleh diertikan
sebagai kumpulan manusia yang berkongsi, bertindak secara koperatif,mempunyai
maklumat yang dikongsi serta saling membantu dalam proses belajar.
Ø Komuniti
pembelajaran juga merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan
kepercayaan dan secara aktif belajar bersama –sama serta saling belajar
daripada individu yang lain.’
Ø Komuniti
pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi
idea, saling membantu dan mengajar
Ø Pembelajara
professional terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja
secara berkobolatif dan dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
2.Kemahiran
intrapersonal
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan
adalah kemahiran untuk mengenal diri sendiri yang membolehkan seseorang itu
pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Konsep asas yang berkaitan dengan
komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai
dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan
dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
Kepentingan
meningkatkan kemahiran Intrapersonal
Ø
Meningkatkan
produktiviti dalam tugasan yang diberikan
Ø
Meningkatkan
pencapaian akademik
Ø
mengetahui
kelebihan dan kelemahan diri
Ø
Mempunyai
daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup
3.Kemahiran interpersonal
Komunikasi
Interpersonal merupakan proses interaksi antara manusia, dimana manusia
berfikir, bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan
untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau
mental antara mereka. Ia melibatkan dua
pihak.Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran
interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan
memahami mereka. Komunikasi interpersonal merupakan
tingkahlaku yang dipelajari. Ia bukan terjadi dengan sendirinya sebaliknya
adalah hasil pemerhatian dan pengalaman lalu. Selalunya komunikasi
interpersonal mempunyai makna yang tersurat dan tersirat
KEPENTINGAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL KEPADA
INDIVIDU, ORGANISASI DAN KOMUNITI.
a)
Membina hubungan sosial
Memahami
dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat termasuk persamaan dan perbezaan
antara sosiobudaya. Contohnya masyarakat berbilang kaum, kepercayaan dan agama.
b)
Wacana ilmu
Membantu
mendalami pelbagai disiplin ilmu.
c)
Perundingan
Mencapai
persetujuan bersama.
d)
Kerjaya
Dapat
menjelaskan bidang kepakaran dan tahap Kecekapan profesionalisma.
e)
Komuniti
Memahami,
menghormati dan menimbulkan rasa penerimaan dalam komuniti. Situasi menjadi
ceria.
f)
Bimbingan
Membantu
menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan ekspresi tingkahlaku antara satu sama
lain.
4.Isu-isu perkongsian
maklumat
Perkongsian
maklumat melibatkan proses penemuan dan
mendapatkan maklumat , penapisan dan penyusunan maklumat serta nilai yang
terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan maklumat
pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.
Medium perkongsian maklumat
Ø
Perkongsian
melalui penggunaan teknologi maklumat(ICT)
Ø
Perkongsian
dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institute semasa proses pembelajaran
dan pengajaran (P&P)
Ø
Melalui
penggunaan internet seperti blog, slideshare, skype , facebook, email, whatsapp,
twitter dan sebagainya.
Tujuan:
Ø
Memperluas
kegiatan kukurikulum berasakan ICT
Ø
Meningkatkan
sistem pentaksiran menggunakan ICT
Ø
Mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam ICT
Ø
Meningkatkan
penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
5. Isu gender dalam
kecemerlangan Akademik
Perbezaan
bukan dari aspek dari biologikal tetapi juga melalui juga melalui peranan
mereka dalam perjanjian sosial.
Peranan
antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya , keadaan dan situasi di
mana mereka berada.
·
Sistem
pendidikan yang lebih mengutamakan kecemerlangan akademik membawa kepada
berlakunya keseimbangan gender
·
Bilangan
pelajar perempuan di institut pengajian lebih tinggi berbanding bilangan
pelajar lelai iaitu 70% dikuasai oleh golongan wanita
·
Ini
adalah disebabkan perempuan mempunyai kebolehan semula jadi kerana menurut
kajian kadar ingatan perempuan lebih tinggi berbanding lelaki
·
Perkara
ini menyebabkan sebilangan besar lelaki kurang berjaya dalam peperiksaan
terutamanya yang melibatkan proses mengingat
Bagi
mengatasi ketidakseimbangan tersebut, kita harus keluar dari bentuk sistem
pendidikan yang punitif.Sistem ini mengamalkan bentuk mereka yang cemerlang
hampir kesemuanya mendapat peluang, manakala yang kurang cemerlang akan
ketinggalan. Perkara ini perlu diubah agar yang ketinggalan itu mendapat
peluang kedua seperti yang diinginkan oleh pendekmorasian pendidikan.

Comments
Post a Comment