Sistem Pengurusan dan Pembelajaran (LMS) by NURUL HIDAYU BINTI ANUAR


Sistem Pengurusan dan Pembelajaran



1.0 Pengenalan LMS



v  Menurut Ellis (2009) LMS adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan atau program latihan. Sistem ini berkembang dengan cepat dan digunakan dengan meluas sebagai sistem maklumat dan sistem pangkalan data untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
v  Secara umumnya perisian LMS adalah kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-pembelajaran menggunakan format yang telah tersedia atau memilih format masa depan (Evangelisti, 2002).

2.0  Ciri-ciri Sistem Pemgurusan Maklumat
Pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masa dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran melalui talian ini membolehkan para pelajar meneroka maklumat baharu menerusi perpustakaan secara degutal atau laman web.
       Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk berbii\ncang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel. LMS digunakan merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar, dan mengesan status penggunaan pengguna.

3.0  Kategori LMS





v  Menurut Lust et al., (2014) terdapat tiga kategori alat dalam sistem pengurusan kandungan iaitu alat maklumat, alat kognitif, dan alat scaffold.
v  Alat maklumat asas adalah seperti garis panduan kursus yang berfungsi untuk menstrukturkan dan menghuraikan kandungan krusus tersebut
v  Alat kognitif terbahagi kepada tiga bahagian iaitu alat pemprosesan,alat pemodelan pengetahuan dan alat komunikasi.
v  Alat scaffold berfungsi sebagai panduan atau bimbingan pembelajaran. Alat ini menyokong dan membimbing pelajar dalam pemprosesan kognitif dan metakognitif mereka darri segi tugasan,bagaimana cara menyelesaikan tugasan yang timbul dan pendekatan yang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
4.0       Kelebihan Penggunaan LMS



v  Kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas.
v  Membolehkan pelajar mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan.
v  Membolehkan pelajar menambah atau menggugurkan kursus yang ditawarkan.
v  Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan satu kursus melalui chat real-time, emel dan sebagainya.
v  Pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.
v  Membolehkan pengesanan pelajar dan computer, merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.
5.0 Kegunaan Sistem Pengurusan Maklumat






v  Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran yang lebih teratur
v  Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat
v  Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
v  Meningkatkan kebolehan dalam pembelajaran.

Comments